Monday, 4 February 2013
Tip Penjagaan Bayi Baru Lahir
Assalamualaikum n Salam Sejahtera...kali ni saya nk kongsikan tips penjagaan bayi yang baru lahir..jemput baca...
Bayi yang baru lahir amat sensitif terhadap persekitarannya. Sesetengah bayi memerlukan penjagaan rapi selepas dilahirkan terutamanya bagi yang dilahirkan pramatang. Bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus untuk memastikannya membesar seperti bayi normal. Kebiasaannya, ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui tentang penjagaan bayi baru lahir.
Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.
Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa. Ketahuilah bahawa kebanyakan kulit bayi baru lahir akan mengalami kekeringan dan pengelupasan. Ini adalah proses semula jadi dan terjadi kerana kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi belum stabil.
Pada masa yang sama, bulu-bulu halus yang ada pada tubuh bayi anda akan gugur sedikit demi sedikit. Anda juga akan dapat melihat tompok-tompok merah seperti ruam pada hidung dan beberapa bahagian lain pada tubuh yang lain. Jangan bimbang kerana kesemua ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.
Selain itu, pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi. Cuci tunggul pusat bayi anda dengan air dan pastikannya selalu bersih dan kering. Tali pusat tersebut akan tertanggal dengan sendirinya selepas lapan ke 12 hari kelahirannya. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit.
Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. Pastikan juga bayi anda mendapat suntikan imunisasi seperti yang disyorkan doktor pediatrik untuk mengelakkan penyakit berbahaya. Ketika ini juga, doktor pediatrik anda akan merekodkan perkembangan fizikal dan mental bayi anda seperti berat badan, tinggi dan pergerakan yang sepatutnya bayi anda lakukan.
Kepada ibu bapa baru, setelah mengetahui perkara-perkara asas tentang bayi baru lahir anda, janganlah takut untuk memegang atau membelainya. Bayi amat suka disentuh dan dibelai. Namun, anda haruslah berhati-hati agar tidak mencederakannya. Jangan panik jika bayi anda menangis. Carilah punca mengapa dia menangis.
Biasanya bayi menangis kerana dia lapar, lampinnya basah, dia rasa mengantuk atau rasa tidak selesa. Ketika bersama bayi, eloklah anda berbual-bual, senyum dan bermain-main dengannya untuk merangsang deria anak dan membangkitkan rasa kasih sayang antara anda berdua.
Friday, 25 January 2013
Khasiat Air Mani Suami Untuk Isteri
Assalamualaikum..
Saya terbaca satu artikel dalam Majalah Maskulin edisi Ogos 2009..Jadi rasanya elok juga berkongsi dengan mommies semua info pasal ni. Artikel yang anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, saya tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini.Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang bergelar suami-isteri.
Kebuncitan lelaki berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooooo.....
Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut.
Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan.
Khasiat Air Mani Suami Untuk Isteri :
Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri. Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal2 kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat..Kena sama2 pandai jaga badan lepas kahwin...
Khasiat Lain Sperma Untuk Wanita :
- Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
- Mengurangkan jerawat.
- Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta2 hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.
- Sapu pada payudara dan muka jd tegang dan montok
Edah Dan Air Mani :
Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru. Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak.
Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.
Wednesday, 23 January 2013
Senaman Bantu Mudah Bersalin
Salam mommies..apa khabar anda hari ni?harap semua sihat yea..hari ni entri kita berkaitan dengan senaman semasa mengandung.. Boleh ke kita bersenam masa mengandung ni??jawapannya boleh..malah digalakkan lagi untuk bersenam.Tapi seeloknya buat la senaman mengikut kemampuan dan berpada-padalah..Jangan terover bersenam sudah la yea..
Senaman ketika mengandung mampu untuk meningkatkan stamina bakal ibu. Banyak kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana wanita ada tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar. Apabila bersenam, aliran darah menjadi lebih lancar. Maknanya lebih banyak oksigen dihantar ke otak dan seluruh badan yang membuatkan wanita berasa lebih segar dan bertenaga. Malah, organ badan juga berfungsi dengan lebih baik.
Antara cara senaman yang mudah untuk ibu hamil adalah :
Mencegah sakit belakang
* letakkan sebelah tangan anda di bawah perut anda dan
* letakkan tangan sebelah lagi di bahagian bawah belakang
* tarik nafas dan angkat ke atas kandungan anda secara perlahan
* pada masa yang sama, tekan punggung anda menghala ke lantai dan
* kembali ke kedudukan asal
* tulang punggung anda sepatutnya bergerak ke hadapan dan ke belakang
Mengendurkan otot-otot pinggang
* duduk dengan menyilangkan kaki (seperti bersila) sambil membongkok sedikit
* tekan lutut anda ke lantai dengan menggunakan tangan dan renggangkan paha
* setelah berehat seketika ulangi semula langkah tadi
Menguatkan tulang punggung dan otot-otot faraj
* baring menelentang
* kempiskan perut anda ke dalam dan
* tekan bahagian belakang anda dan berehat
* rapatkan otot-otot anda seolah-olah anda menahan kencing dan rehat
* lakukan senaman ini perlahan-lahan
* boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk
Senaman antenatal
* membantu anda bertenang sewaktu dalam kesakitan melahirkan anak
* membantu anda mudah bersalin
* mengekalkan kesihatan yang baik
* mengurangkan sembelit, sakit belakang dan keletihan
Mencegah kekejangan kaki
* baring menelentang
* angkat sebelah kaki anda dan gerakkannya ke atas dan ke bawah
* kemudian pusing mengikut pusingan jam dan sebaliknya
* ulang pada kaki sebelah lagi
Menguatkan otot-otot perut
* baring menelentang sambil mengangkat kepala dan kedua-dua kaki ke atas
* kemudian berehat
Wanita hamil boleh melakukan senaman pada bila-bila masa mengikut kesesuaian jadual waktu harian masing-masing sama ada pagi, tengah hari atau petang. Senaman pagi dan tengah hari boleh dilakukan selama 15 hingga 30 minit mengikut kemampuan. Kadar denyutan nadi pula jangan lebih daripada 120 hingga 140 seminit (normal 100 hingga 110 denyutan seminit).
Program senaman wanita hamil memberi penekanan kepada latihan menguatkan otot, khususnya otot perut. Mereka juga diajar teknik pernafasan dan paling penting, pergerakan senaman yang perlu dielak ketika hamil.Bila boleh mula bersenam? Tiga atau empat minggu kehamilan, dimulakan dengan kadar perlahan, terutama bagi wanita yang tidak pernah bersenam sebelum hamil. Sentiasa ingat untuk memakai pakaian dan kasut sesuai untuk bersenam untuk mengelak kecederaan dan minum banyak air.
Saturday, 12 January 2013
Tips Mengajar Anak Dari Peringkat Bayi
Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.
1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.
2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.
3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.
5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.
6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.
7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.
8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.
9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
kredit: pa&ma
Friday, 11 January 2013
Pantang Larang Untuk Ibu Hamil
Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Ibu-ibu hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut :
- Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
- Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
- Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
- Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
- Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
- Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
- Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
- Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
- Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
Selain pantang larang yang dinyatakan, terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu hamil :
- Suami kepada ibu hamil pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
- Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
- Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
Sejauh mana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil.
Teknik Penyusuan Yang Betul
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Rasanya topik2 yang dibincangkan sebelum ni semua berkisar kehamilan bukan??Jadi entri kali ni kita cerita pasal penyusuan pulak..bagi ibu2 yang baru mungkin anda kurang pengalaman untuk menyusukan anak..Jadi disini saya berikan sedikit tips untuk panduan anda semua..
1. Cara Memegang Bayi Semasa Penyusuan
- Pastikan anak selesa
- Pegang bayi rapat menghadap anda dan payudara
- Perut anak bersentuhan dengan perut anda
- Kepala, leher dan belakang bayi lurus dan di ampu
- Mulut anak berada di bawah puting bila anak bersedia menyusu
- Jangan membongkok semasa menyusu kerana boleh menyebabkan sakit belakang
2. Pelekapan:
- Cara yang betul melekapkan bayi di payudara untuk penyusuan sentuh bibir bayi, tunggu mulut terbuka luas
- Gerakkan bayi ke arah payudara
- Pastikan bayi mengambil lebih kawasan gelap payudara
- Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara anda
- Cara Pelekapan yang betul:
-Merangkumi sebahagian besar kawasan areola
-Dagu mencecah payudara
-Bibir melengkup keluar
-Pipi gelembung
-Payudara nampak penuh dan bulat
-Nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan
3. Kekerapan Penyusuan:
- Susukan bayi anda dengan kerap mengikut kemahuannya ‘on demand’
- Sentiasa bersama bayi (rooming – in) supaya boleh menyusukannya dengan kerap
- Perah susu ibu sekiranya berlaku perpisahan sementara 2 – 7 hari pertama – susukan lebih kerap.
- Bayi kecil yang tidur lebih dari 2 – 3 jam harus digerakkan untuk disusukan
- Bayi yang sudah biasa (lebih besar) – 8 – 12 penyusuan/24jam
4. Tanda Bayi Mendapat Cukup Susu
- Bayi berhenti menghisap sendiri
- Penyusuan kerap (8 – 12 kali dalam masa 24 jam)
- Dengar bayi menelan
- Buang air kecil lebih dari 6 kali dalam masa 24 jam
- Kerap membuang air besar adalah normal ( 4 – 8 kali dalam masa 24 jam)
- Bayi puas, ceria, otot dan kulit bayi juga sihat
- Payudara penuh sebelum menyusu dan ‘lembut’ selepas menyusu
kredit : bidanbersalin
Thursday, 10 January 2013
Atasi Masalah Tidur Untuk Ibu Hamil
Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki.
Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan.
Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan.
Tidur dengan posisi mengiring ke kanan juga baik. Jadi, anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Bagi yang kekok untuk tidur dalam posisi sebegini, ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi. Bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung. Anda juga boleh menggunakan bantal tidur yang disediakan khusus untuk ibu hamil.
Selepas hamil 16 minggu, anda tidak lagi digalakkan untuk tidur secara menelentang. Hal ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan iinferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah.
Selain itu, ia turut mempengaruhi tekanan darah. Ada segelintirnya mengalami penurunan tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Tidak kurang, ada juga yang mengalami peningkatan tekanan darah. Oleh kerana itu, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil, posisi ini sama sekali tidak boleh dipraktikkan.
Bagi yang tiada komplikasi pula, anda masih boleh sekali-sekala tidur terlentang, tetapi jangan terlalu lama. Jika ingin bangun dari tidur secara terlentang pula, dinasihatkan agar tidak melakukannya secara mendadak.
Faktor Usia Ke Atas Kehamilan
Wanita lebih tua selalu bimbang yang umur mereka akan menjejaskan kehamilan, dan kelahiran bayi. Sesetengah wanita merasakan yang mereka menjalani ujian-ujian tambahan dan intervensi disebabkan umur mereka.
Apakah kesan umur ke atas kesuburan?
Kementerian Kesihatan menganggar ada lebih kurang 300,000 pasangan dalam lingkungan umur 20-40 yang mengalami sesuatu bentuk ketidaksuburan. Berusia 35 atau lebih sememangnya menimbulkan beberapa isu penting bagi wanita dan lelakiyang bercadang untuk mendapatkan anak.Ada berlaku pengurangan kesuburanyang perlahan bagi wanita selepas umur 30, yang mungkin menyebabkan anda sukar menjadi hamil dengan cepat, atau mungkin terdapat masalah separa kesuburan atau ketidaksuburan. Adalah dianggarkan lebih kurang 20 peratus wanita antara umur 35 ke 39 tidak subur.Ini bermakna sebahagian besar wanita hamil dalam kumpulan ini dan yang lebih tua sudahpun melalui rawatan kesuburan.
Apakah kesan umur ke atas kehamilan?
Dahulu ibu yang lebih tua dimaksudkan ibu yang sudah mempunyai keluarga yang besar yang sedang mengandung bayi kelima, keenam atau ketujuh. Hamil banyak kali selalunya mendatangkan komplikasi. Sekarang, ibu yang lebih tua selalunya seorang yang memilih untuk memulakan keluarga lebih lambat, lazimnya sihat dan mempunyai diet yang baik.Malangnya, adalah benar yang ibu lebih tua selalunya lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit seperti diabetes, darah tinggi atau lain penyakit kronik, yang boleh menjejaskan kehamilan dan proses kelahiran.Penyelidikan tentang kesan umur ke atas kelahiran bayi juga melaporkan adanya peningkatan dalam kekerapan komplikasi kehamilan seperti diabetes (gestasi) akibat kehamilan, plasenta rendah dan kelahiran pramatang.Selain daripada risiko tambahan ini, penjagaan materniti juga dipengaruhi oleh kenyataan yang anda adalah “primigravida berusia” iaitu pertama kali mengandung atau “multipara berusia” iaitu sudah mengandung beberapa kali. Malah, wanita yang berumur 35 atau lebihpun menjalani lebih ujian antenatal dan lebih skan ultrasound, dan lebih ramai wanita di usia ini menjalani amniosentesis.
Apakah kelebihan kehamilan selepas umur 35?
Yang baik ialah, anda mempunyai faedah fizikal dan psikologi lebih daripada wanita yang lebih muda. Wanita yang memulakan keluarga hanya pada umur 30 dan 40 selalunya mengikuti gaya hidup yang lebih sihat; mereka mempunyai pendidikan lebih tinggi dan kedudukan kewangan yang lebih baik. Mereka mungkin memahami keperluan badan mereka, dan menjaga diri mereka lebih baik dari segi senaman dan pemakanan.Wanita berusia selalunya mempunyai persepsi terhadap tubuh badan mereka yang lebih positif, dan lebih cekap menangani simptom-simptom kehamilan. Di usia ini juga, wanita mempunyai lebih berotonomi – berdikari dan yakin akan apa yang mereka mahu, dan lebih mahir tentang manusia untuk mendapatkan kemahuan mereka.
Apakah kesan usia lebih tua ke atas bayi?
Tidak dinafikan yang wanita berusia mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi yang mempunyai keabnormalan, seperti sindrom Down, sindrom Edward atau sindrom Patau.Penyaringan serum ibu dan ujian-ujian lain boleh memberi anda penganggaran akan risiko-risiko. Untuk lebih pasti, ujian-ujian seperti persampelan vilus korion atau amniosentesisboleh memberikan diagnosis yang tepat, yang membolehkan seorang itu membuat pilihan terbaik bagi keluarga dan diri, dan juga membantunya membuat persiapan untuk sebarang keperluan khas bayinya. Wanita yang tidak berminat mendapatkan maklumat ini tidak perlu menjalani sebarang ujian.Terdapat satu lagi risiko yang kecil tetapi serius berhubung bayi ibu lebih tua. Lebih banyak bayi mati dalam uterus di peringkat akhir kehamilan bagi ibu berumur 40 ke atas. Dalam tahun 2006, angka bagi UK menunjukkan kadar kematian dalam perutbagi wanita 20 ke 39 adalah di sekitar lima ke enam bayi bagi setiap 1,000 kelahiran, tetapi bertambah bagi wanita umur 40 dan lebih kepada kurang sedikit daripada sembilan bayi bagi setiap 1,000 kelahiran.Risiko yang bertambah ini bukanlah akibat komplikasi kehamilan atau penyakit tertentu sahaja. Atas sebab ini, penjaga lebih berhati-hati terhadap ibu lebih tua semasa minggu-minggu akhir kehamilan.
Walaupun terdapat risiko yang bertambah akibat usia lebih tua, adalah penting untuk mengingati bahawa kebanyakan bayi adalah sihat. Selain faktor keabnormalan kromosom, angka yang ada mencadangkan ibu lebih tua tidak mempunyai lebih tinggi risiko untuk mendapat bayi cacat masa lahir daripada ibu-ibu yang lebih muda.
Apakah kesan umur ke atas proses bersalin itu sendiri?
Tedapat pola di mana, lagi tua seorang ibu itu, lebih bertambah kejadian intervensi. Jika anda lebih daripada 35 anda akan lebih cenderung untuk kelahiran dicetus, suntikan epidura atau kelahiran forseps atau ventouse. Hampir kesemua kajian bersetuju bahawa kadar pembedahan caesareanjuga meningkat mengikut usia ibu.Namun, peningkatan ini nampaknya tidak berkaitan dengan mana-mana masalah spesifik. Masih ada tanda tanya tentang setakat manakah dan berapa banyak intervensi tertentu perlu, disebabkan persepsi keseluruhan yang ibu “lebih tua” adalah “berisiko tinggi”. Sesetengah kajian mendapati bahawa kecemasan fetus lebih kerap didiagnosis bagi ibu yang lebih tua, yang juga menerangkan mengapa kadar caesarean lebih tinggi.Juga terdapat bukti yang ibu lebih tua lebih cenderung melalui peringkat kedua bersalin yang lebih panjang, sebab otot-otot uterus tidak berfungsi dengan begitu baik apabila wanita meningkat umur. Ini menerangkan mengapa mencepatkan kelahirandengan oksitosin tiruan untuk merangsang kontraksi berlaku lebih kerap di kalangan wanita lebih tua.Juga, apabila perjalanan proses semulajadi diganggui oleh intervensi, seperti mencetuskan kelahiran, intervensi lain akan menurut dalam satu “hujan intervensi” (cascade of intervention). Oleh itu, sama seperti dalam kehamilan, jika anda mahu memberi peluang kepada proses-proses fisiologi yang natural, elok jika anda melengkapkan diri dengan maklumat tertentu dan bersedia untuk bertanya banyak soalan.
Bimbang akan komplikasi juga akan mendatangkan komplikasi. Jika anda dan doktor anda fikirkan yang perkara yang tak baik akan berlaku, anda akan merasa tertekan. Stres akan menganggu imbangan sensitif hormon dan kimia semulajadi dalam badan anda.
Apakah kelebihan ibu lebih tua semasa bersalin?
Walaupun ada risiko yang nyata atau akibat persepsi saja atau yang berpotensi untuk berlaku, kajian bersetuju yang hasil sebenar dari segi kesejahteraan bayi selalunya sama baik seperti ibu lebih muda dan risiko yang benar-benar serius adalah amat rendah bagi wanita dalam semua kumpulan umur. Ini ditunjukkan oleh mata Apgar yang menilai kesejahteraan bayi anda sejurus selepas kelahiran, juga kadar kemasukan ke dalam unit rawat khas bayi.
Apakah kesan umur ke atas pengalaman membesarkan anak?
Dari segi teori, terdapat sama banyak pro dan kontra membesarkan anak bagi ibu yang lebih tua. Namun, jika anda telah menjalin satu rutin yang selesa dalam hidup anda, telah dapat berdikari dan berlaku bebas dalam perhubungan dan karier anda, tanggungjawab menjaga bayi 24/7 adalah satu kejutan.Juga, oleh sebab wanita berpendapatan lebih tinggi di umur 35 dan 40 daripada umur 25, anda akan mengalami kejatuhan dalam pendapatan jika anda bercadang untuk menjadi ibu yang tidak bekerja. Keberhentian dari karier anda, atau terpaksa membahagikan masa antara kerja dan keluarga, akan merosakkan rancangan anda dahulu untuk mencapai kejayaan dalam karier.Satu kajian mendapati yang ibu lebih tua juga jarang sekali duduk berhampiran dengan keluarga atau kawan-kawan yang mempunyai anak, dan mungkin tidak juga mempunyai pertalian rapat dengan komuniti tempat mereka tinggal jika selama ini mereka keluar untuk bekerja sepanjang hari. Anda akan mendapati bahawa ianya memakan masa untuk mendirikan jaringan kenalan yang boleh menyokong di kawasan anda tinggal.Menghadiri kelas antenatal semasa anda hamil akan memberikan anda hubungan serta merta dengan lain-lain wanita di kawasan tinggal anda yang juga sama hamil seperti anda. Sebaik saja bayi anda lahir (atau sebelum itu) anda boleh hadirkan diri di kumpulan “bonjol dan bayi” atau “ibu dan bayi” untuk mengelakkan daripada berasa terlalu terasing dan membantu mendirikan jaringan sokongan setempat.
Apakah kelebihan seorang ibu yang lebih tua?
Anda mungkin lebih konfiden dan relaks di umur ini berbanding 10 atau 15 tahun dahulu, dan ini adalah satu kebaikan dalam membesarkan anak. Mempunyai pengalaman hidup yang lebih luas boleh memberi kematangan dan kemahiran keibubapaan yang lebih baik.
Anda juga sudah stabil dalam hubungan anda dan mempunyai wang lebih; kedua-dua ini akan membantu mententeramkan kerunsingan yang kadangkala boleh menyebabkan ibu yang lebih muda yang kurang bernasib baik menjadi murung.
Seorang ibu berkata, “Saya lebih selesa dari segi kewangan sekarang daripada masa muda dahulu, dan ini mengurangkan kerungsingan saya, justeru, menyebabkan saya menjadi lebih relaks dengan bayi saya. Selain itu, aspek kebendaan sudah tidak penting bagi saya sekarang daripada masa muda dahulu dan saya rasa saya lebih bebas untuk menumpukan tenaga kepada bayi dan kurang memberi tumpuan kepada gaya penampilan saya.”
kredit : http://www.babycenter.com.my
Hubungan "Cinta" Suami Isteri Bermasalah??Jangan Malu Untuk Berbincang...
Pasti ramai yang pernah menghadapi masalah sebegini kn??Tetapi anda malu untuk berbicara..Akhirnya masalah itu dibiarkan begitu sahaja..Adakah anda pernah berada di dalam situasi di mana ketika si suami melakukan tusukan zakar ke faraj isteri tetapi si isteri pula tidak berasa terangsang atau tidak berasa rangsangan? Jika pernah, ia bukan masalah pelik kerana ramai wanita menghadapi masalah sebegitu. Kita dianugerah Tuhan nafsu syahwat dan naluri seksual yang menjadi fitrah dalam kehidupan kita. Kita mula mengenali sistem syahwat apabila melalui proses akil baligh. Pada waktu itu kita mula perasan perubahan kepada anggota kelamin dan mendapati tindak balas yang berlaku kepada diri dan alat kelamin.Perubahan yang berlaku itu adalah perubahan biasa dalam situasi terangsang dan apabila tahap rangsangan itu memuncak, lelaki akan mencapai ejakulasi dan wanita pula akan ‘puas’.
Bagaimanapun, tindak balas seksual itu berada di dalam pengaruh sistem saraf, sistem pengedaran darah dan anggota kelamin yang berfungsi secara normal. Apabila satu pasangan berhasrat melakukan hubungan intim seksual, minda mereka akan mula mengeluarkan isyarat untuk mencetuskan rangsangan kepada anggota kelamin masing-masing untuk sedia beraksi. Untuk lelaki, proses rangsangan itu sungguh cepat dan lelaki boleh mencapai ereksi secara spontan. Proses untuk wanita pula mengambil masa lebih lama sedikit dan mungkin terlalu lambat seandainya wanita berkenaan belum bersedia atau terasa malu. Jika ini terjadi, si suami mungkin perlu melakukan sentuhan dan belaian kepada pasangannya untuk mempercepatkan rangsangan itu berlaku. Jika anggota kelamin perempuan itu menembam, klitoris erek dan mungkin bahagian di antara bibir kecil lembap dan sesuai untuk penembusan zakar, itu menunjukkan si wanita terbabit sudah mula terangsang. Apabila penembusan zakar berlaku dan pergerakan zakar lancar, si perempuan mula berasa hangat, corong faraj mula dibasahi cecair untuk menyenangkan pergerakan dan dengan sentuhan tubuh badan dan anggota kelamin yang berlaku secara serentak, kedua-duanya akan sampai ke kemuncak rangsangan.
Namun tidak semua perempuan yang melakukan hubungan intim seksual mencapai klimaks atau kemuncak. Mungkin mereka masih dalam peringkat pengenalan dan masih malu untuk memandu suami untuk melakukan perkara yang mereka sukakan. Mungkin juga mereka belum lagi mengenali bahagian tubuh badan yang sensitif (seperti payu dara, leher, bibir, dan lain-lain yang dikenali sebagai bahagian erotik atau ‘erogenous zones’) atau bahagian anggota kelamin mereka yang dapat mencetuskan klimaks. Kajian menunjukkan klitoris perempuan mengandungi dua kali ganda rangkaian urat saraf jika dibandingkan dengan penghujung anggota kelamin lelaki dan rangsangan kepada bahagian itu dapat mencetuskan kemuncak syahwat perempuan. Ketika dalam keadaan hangat, klitoris boleh termasuk atau terlindung dan perasaan klimaks boleh tergendala. Rasanya, cara yang saya terangkan ini sedikit sebanyak dapat membantu pasangan yang mempunyai masalah seperti ini.
Sebagai suami isteri, anda tidak perlu malu untuk berkongsi cerita dan pengalaman serta pasangan anda juga boleh memandu atau memberitahu di manakah bahagian yang merangsangnya.
Pendek kata, bekerjasama serta jangan malu untuk berkomunikasi mengenai seks kerana ia bukan sesuatu yang janggal untuk anda berdua. Jika keadaan masih buntu, anda berdua boleh jumpa pakar yang berkenaan.
Menyusukan Anak Boleh Menurunkan Berat Badan!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..hari ni topik kita adalah topik yang sering merisaukan kaum ibu ketika sedang hamil iaitu kenaikkan berat badan..siapa yang tk risau kalu dulu beratnya 40kg sekarang 60kg kn??So ramai la ibu2 yg tanam harapan nak diet lepas bersalin nnt tapi bimbang pula akan mengganggu pengeluaran susu..So jom kita baca dengan lebih lanjut mengenai betol ker penyusuan susu ibu ni dapat mengurangkan berat badan??
Kenaikan berat badan akibat kehamilan amatlah merisaukan kaum ibu sekalian.. Antara agenda utama yang mahu dilaksanakan oleh para ibu yang baru melahirkan bayi adalah menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan.. Ada segelintirnya gusar dengan keupayaan diri mengurangkan berat badan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu berlangsung. Alasannya, mereka mahu terus menyusukan bayi namun tidak mahu sebarang masalah timbul akibat terlalu obses dengan keinginan mengecilkan pertambahan saiz pada bahagian-bahagian tubuh tertentu. Atasi dilema anda dengan fakta ini.
"Sewaktu menyusukan bayi, anda telah membuat pembakaran lebih daripada 600 kalori , dimana anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan."
Jadi, anda tidak perlu khuatir lagi. Matlamat anda dapat dipenuhi dengan menyusukan bayi secara eksklusif. Sewaktu hamil dahulu, anda menambah berat untuk menyimpan tenaga bagi menghasilkan susu ibu. Kini, sudah tiba masanya untuk anda menggunakan simpanan lemak itu dengan menyusukan bayi.
Tapi ibu semua jangan la pula terlalu bergantung kepada penyusuan sahaja untuk kurus yea..Banyak aspek penting yang perlu dipertimbangkan juga..Antaranya :
1. Jaga Corak Pemakanan
Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti! Dalam memastikan kejayaan ini, anda hanya perlu mengekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi memperoleh zat makanan yang diperlukan. Cara terbaik ialah dengan ambil hanya sedikit kalori dengan mengurangkan amaun “tambahan” yang biasa diambil. Apa yang dimaksudkan ialah gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju, susu penuh krim dan daging berlemak. Sebagai alternatif, gantikan jenis-jenis makanan ini dengan pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan.
2. Senaman
Ada pendapat menyatakan sesetengah jenis senaman boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Merujuk kepada kenyataan Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Antarabangsa La Leche League, setakat ini tiada data kajian yang membuktikan pandangan berkenaan. Faktanya, kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita yang melakukan senaman secara tetap mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Oleh yang demikian, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu terutamanya bagi anda yang melahirkan bayi secara caesarean. Dengan cara ini, anda dapat menyingkirkan lemak dan pada masa yang meningkatkan tahap metabolisme dan tenaga tubuh.
3. Diet
Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet hanya selepas 2 bulan menyusukan bayi. Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil. Selepas tempoh itu, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. Usah khuatir, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi. Menurut kenyataan La Leche League, anda boleh mengurangkan kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan merbahaya. Untuk makluman, kekurangan zat makanan mungkin tidak akan menjejaskan kualiti dan amaun susu ibu tetapi ia memudaratkan tahap kesihatan diri anda. Dan apabila diri sendiri tidak sihat maka pelbagai masalah pasti akan timbul..Walaupun begitu, anda tidak perlu melakukan diet melampau kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada diri anda dan bayi juga.
4. Buat Pertimbangan
Beringatlah! Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi. Ketahuilah, toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu. Lebih daripada itu, ia mungkin boleh dilepaskan ke dalam susu ibu. Jadi, diet melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa yang sama menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu.
5. Pandangan Pakar
Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah 6 bulan. Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada. Oleh yang demikian, sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.
kredit: Pa&Ma
Wednesday, 9 January 2013
Anda Hamil??Ketahui Tanda-Tanda Kehamilan
Assalamualaikum...
Hari ni saya tergerak hati untuk membina blog khas buat ibu hamil dan menyusu..Pada mulanya saya hanya berkongsi info-info kehamilan dan penyusuan hanya di fb..tetapi selepas melihat peningkatan pengunjumg di fb rasanya lebih bagus sekiranya saya menulis disini..lebih banyak info dapat diberikan dengan panjang lebarnya kn...:)..pada anda yg masih baru anda juga boleh follow fb Cerita Ibu Hamil Dan Menyusu ..saya minta maaf anda ada kekurangan yg ada di blog ini..maklumla baru nk berjinak2 dgn dunia blog..semoga anda gembira dengan perkongsian ini...so utk post yg pertama, saya akan kongsikan tips2 mengetahui tanda2 awal kehamilan...jom kita tengok yea...
1. Payudara membengkak / terasa sakit
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.
2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.
3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.
4. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.
5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.
6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing. Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.
7. Sakit kepala
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen.
8. Sakit punggung
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.
9. Kram
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda.
10. Ngidam
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil.
11. Peningkatan temperatur tubuh
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi.
12. Bau Badan
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.
13. Pening atau pengsan
Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pengsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh.
14. Munculnya darah
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.
15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari. Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!
Subscribe to:
Posts (Atom)