Thursday, 10 January 2013

Menyusukan Anak Boleh Menurunkan Berat Badan!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..hari ni topik kita adalah topik yang sering merisaukan kaum ibu ketika sedang hamil iaitu kenaikkan berat badan..siapa yang tk risau kalu dulu beratnya 40kg sekarang 60kg kn??So ramai la ibu2 yg tanam harapan nak diet lepas bersalin nnt tapi bimbang pula akan mengganggu pengeluaran susu..So jom kita baca dengan lebih lanjut mengenai betol ker penyusuan susu ibu ni dapat mengurangkan berat badan??



Kenaikan berat badan akibat kehamilan amatlah merisaukan kaum ibu sekalian.. Antara agenda utama yang mahu dilaksanakan oleh para ibu yang baru melahirkan bayi adalah menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan.. Ada segelintirnya gusar dengan keupayaan diri mengurangkan berat badan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu berlangsung. Alasannya, mereka mahu terus menyusukan bayi namun tidak mahu sebarang masalah timbul akibat terlalu obses dengan keinginan mengecilkan pertambahan saiz pada bahagian-bahagian tubuh tertentu. Atasi dilema anda dengan fakta ini. 

"Sewaktu menyusukan bayi, anda telah membuat pembakaran lebih daripada 600 kalori , dimana anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan."


Jadi, anda tidak perlu khuatir lagi. Matlamat anda dapat dipenuhi dengan menyusukan bayi secara eksklusif. Sewaktu hamil dahulu, anda menambah berat untuk menyimpan tenaga bagi menghasilkan susu ibu. Kini, sudah tiba masanya untuk anda menggunakan simpanan lemak itu dengan menyusukan bayi.

Tapi ibu semua jangan la pula terlalu bergantung kepada penyusuan sahaja untuk kurus yea..Banyak aspek penting yang perlu dipertimbangkan juga..Antaranya :

1. Jaga Corak Pemakanan

Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti! Dalam memastikan kejayaan ini, anda hanya perlu mengekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi memperoleh zat makanan yang diperlukan. Cara terbaik ialah dengan ambil hanya sedikit kalori dengan mengurangkan amaun “tambahan” yang biasa diambil. Apa yang dimaksudkan ialah gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju, susu penuh krim dan daging berlemak. Sebagai alternatif, gantikan jenis-jenis makanan ini dengan pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan.


2. Senaman

Ada pendapat menyatakan sesetengah jenis senaman boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Merujuk kepada kenyataan Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Antarabangsa La Leche League, setakat ini tiada data kajian yang membuktikan pandangan berkenaan. Faktanya, kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita yang melakukan senaman secara tetap mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Oleh yang demikian, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu terutamanya bagi anda yang melahirkan bayi secara caesarean. Dengan cara ini, anda dapat menyingkirkan lemak dan pada masa yang meningkatkan tahap metabolisme dan tenaga tubuh.


3. Diet

Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet hanya selepas 2 bulan menyusukan bayi. Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil. Selepas tempoh itu, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. Usah khuatir, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi. Menurut kenyataan La Leche League, anda boleh mengurangkan kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan merbahaya. Untuk makluman, kekurangan zat makanan mungkin tidak akan menjejaskan kualiti dan amaun susu ibu tetapi ia memudaratkan tahap kesihatan diri anda. Dan apabila diri sendiri tidak sihat maka pelbagai masalah pasti akan timbul..Walaupun begitu, anda tidak perlu melakukan diet melampau kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada diri anda dan bayi juga.

4. Buat Pertimbangan

Beringatlah! Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi. Ketahuilah, toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu. Lebih daripada itu, ia mungkin boleh dilepaskan ke dalam susu ibu. Jadi, diet melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa yang sama menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu.

5. Pandangan Pakar

Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah 6 bulan. Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada. Oleh yang demikian, sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.


kredit: Pa&Ma

No comments:

Post a Comment