Monday 4 February 2013

Tip Penjagaan Bayi Baru Lahir


Assalamualaikum n Salam Sejahtera...kali ni saya nk kongsikan tips penjagaan bayi yang baru lahir..jemput baca...



Bayi yang baru lahir amat sensitif terhadap persekitarannya. Sesetengah bayi memerlukan penjagaan rapi selepas dilahirkan terutamanya bagi yang dilahirkan pramatang. Bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus untuk memastikannya membesar seperti bayi normal. Kebiasaannya, ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui tentang penjagaan bayi baru lahir.

Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.

Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa. Ketahuilah bahawa kebanyakan kulit bayi baru lahir akan mengalami kekeringan dan pengelupasan. Ini adalah proses semula jadi dan terjadi kerana kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi belum stabil.

Pada masa yang sama, bulu-bulu halus yang ada pada tubuh bayi anda akan gugur sedikit demi sedikit. Anda juga akan dapat melihat tompok-tompok merah seperti ruam pada hidung dan beberapa bahagian lain pada tubuh yang lain. Jangan bimbang kerana kesemua ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.
Selain itu, pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi. Cuci tunggul pusat bayi anda dengan air dan pastikannya selalu bersih dan kering. Tali pusat tersebut akan tertanggal dengan sendirinya selepas lapan ke 12 hari kelahirannya. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit.

Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. Pastikan juga bayi anda mendapat suntikan imunisasi seperti yang disyorkan doktor pediatrik untuk mengelakkan penyakit berbahaya. Ketika ini juga, doktor pediatrik anda akan merekodkan perkembangan fizikal dan mental bayi anda seperti berat badan, tinggi dan pergerakan yang sepatutnya bayi anda lakukan.

Kepada ibu bapa baru, setelah mengetahui perkara-perkara asas tentang bayi baru lahir anda, janganlah takut untuk memegang atau membelainya. Bayi amat suka disentuh dan dibelai. Namun, anda haruslah berhati-hati agar tidak mencederakannya. Jangan panik jika bayi anda menangis. Carilah punca mengapa dia menangis.

Biasanya bayi menangis kerana dia lapar, lampinnya basah, dia rasa mengantuk atau rasa tidak selesa. Ketika bersama bayi, eloklah anda berbual-bual, senyum dan bermain-main dengannya untuk  merangsang deria anak dan membangkitkan rasa kasih sayang antara anda berdua.

Friday 25 January 2013

Khasiat Air Mani Suami Untuk Isteri


Assalamualaikum..


Saya terbaca satu artikel dalam Majalah Maskulin edisi Ogos 2009..Jadi rasanya elok juga berkongsi dengan mommies semua info pasal ni. Artikel yang anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, saya tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini.Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang bergelar suami-isteri.

Kebuncitan lelaki berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooooo.....

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut.
Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan.

Khasiat Air Mani Suami Untuk Isteri :

Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri. Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal2 kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat..Kena sama2 pandai jaga badan lepas kahwin...

Khasiat Lain Sperma Untuk Wanita :


  • Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta2 hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.
  • Sapu pada payudara dan muka jd tegang dan montok


Edah Dan Air Mani :

Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru. Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak.
Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.

Wednesday 23 January 2013

Senaman Bantu Mudah Bersalin




Salam mommies..apa khabar anda hari ni?harap semua sihat yea..hari ni entri kita berkaitan dengan senaman semasa mengandung.. Boleh ke kita bersenam masa mengandung ni??jawapannya boleh..malah digalakkan lagi untuk bersenam.Tapi seeloknya buat la senaman mengikut kemampuan dan berpada-padalah..Jangan terover bersenam sudah la yea..

Senaman ketika mengandung mampu untuk meningkatkan stamina bakal ibu. Banyak kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana wanita ada tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar. Apabila bersenam, aliran darah menjadi lebih lancar. Maknanya lebih banyak oksigen dihantar ke otak dan seluruh badan yang membuatkan wanita berasa lebih segar dan bertenaga. Malah, organ badan juga berfungsi dengan lebih baik.

Antara cara senaman yang mudah untuk ibu hamil adalah :


Mencegah sakit belakang

* letakkan sebelah tangan anda di bawah perut anda dan
* letakkan tangan sebelah lagi di bahagian bawah belakang
* tarik nafas dan angkat ke atas kandungan anda secara perlahan
* pada masa yang sama, tekan punggung anda menghala ke lantai dan
* kembali ke kedudukan asal
* tulang punggung anda sepatutnya bergerak ke hadapan dan ke belakang


Mengendurkan otot-otot pinggang

* duduk dengan menyilangkan kaki (seperti bersila) sambil membongkok sedikit
* tekan lutut anda ke lantai dengan menggunakan tangan dan renggangkan paha
* setelah berehat seketika ulangi semula langkah tadi


Menguatkan tulang punggung dan otot-otot faraj

* baring menelentang
* kempiskan perut anda ke dalam dan
* tekan bahagian belakang anda dan berehat
* rapatkan otot-otot anda seolah-olah anda menahan kencing dan rehat
* lakukan senaman ini perlahan-lahan
* boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk

Senaman antenatal

* membantu anda bertenang sewaktu dalam kesakitan melahirkan anak
* membantu anda mudah bersalin
* mengekalkan kesihatan yang baik
* mengurangkan sembelit, sakit belakang dan keletihan

Mencegah kekejangan kaki

* baring menelentang
* angkat sebelah kaki anda dan gerakkannya ke atas dan ke bawah
* kemudian pusing mengikut pusingan jam dan sebaliknya
* ulang pada kaki sebelah lagi

Menguatkan otot-otot perut

* baring menelentang sambil mengangkat kepala dan kedua-dua kaki ke atas
* kemudian berehat


Wanita hamil boleh melakukan senaman pada bila-bila masa mengikut kesesuaian jadual waktu harian masing-masing sama ada pagi, tengah hari atau petang. Senaman pagi dan tengah hari boleh dilakukan selama 15 hingga 30 minit mengikut kemampuan. Kadar denyutan nadi pula jangan lebih daripada 120 hingga 140 seminit (normal 100 hingga 110 denyutan seminit).

Program senaman wanita hamil memberi penekanan kepada latihan menguatkan otot, khususnya otot perut. Mereka juga diajar teknik pernafasan dan paling penting, pergerakan senaman yang perlu dielak ketika hamil.Bila boleh mula bersenam? Tiga atau empat minggu kehamilan, dimulakan dengan kadar perlahan, terutama bagi wanita yang tidak pernah bersenam sebelum hamil. Sentiasa ingat untuk memakai pakaian dan kasut sesuai untuk bersenam untuk mengelak kecederaan dan minum banyak air.

Saturday 12 January 2013

Tips Mengajar Anak Dari Peringkat Bayi



Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.



1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran

Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku

Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal

Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan

Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira

Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan! 

Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

kredit: pa&ma


Friday 11 January 2013

Pantang Larang Untuk Ibu Hamil




Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Ibu-ibu hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut :


  1. Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
  2. Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
  3. Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
  4. Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
  5. Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  6. Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  7. Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  8. Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  9. Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan, terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu hamil :


  1. Suami kepada ibu hamil pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
  2. Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
  3. Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
Sejauh mana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil.


Teknik Penyusuan Yang Betul



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Rasanya topik2 yang dibincangkan sebelum ni semua berkisar kehamilan bukan??Jadi entri kali ni kita cerita pasal penyusuan pulak..bagi ibu2 yang baru mungkin anda kurang pengalaman untuk menyusukan anak..Jadi disini saya berikan sedikit tips untuk panduan anda semua..

1. Cara Memegang Bayi Semasa Penyusuan


  • Pastikan anak selesa
  • Pegang bayi rapat menghadap anda dan payudara
  • Perut anak bersentuhan dengan perut anda
  • Kepala, leher dan belakang bayi lurus dan di ampu
  • Mulut anak berada di bawah puting bila anak bersedia menyusu
  • Jangan membongkok semasa menyusu kerana boleh menyebabkan sakit belakang

2. Pelekapan:


  • Cara yang betul melekapkan bayi di payudara untuk penyusuan sentuh bibir bayi, tunggu mulut terbuka luas
  • Gerakkan bayi ke arah payudara
  • Pastikan bayi mengambil lebih kawasan gelap payudara
  • Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara anda
  • Cara Pelekapan yang betul:
           -Mulut buka luas
           -Merangkumi sebahagian besar kawasan areola
           -Dagu mencecah payudara
           -Bibir melengkup keluar
           -Pipi gelembung
           -Payudara nampak penuh dan bulat
           -Nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan

3. Kekerapan Penyusuan:



  • Susukan bayi anda dengan kerap mengikut kemahuannya ‘on demand’
  • Sentiasa bersama bayi (rooming – in) supaya boleh menyusukannya dengan kerap
  • Perah susu ibu sekiranya berlaku perpisahan sementara 2 – 7 hari pertama – susukan lebih kerap.
  • Bayi kecil yang tidur lebih dari 2 – 3 jam harus digerakkan untuk disusukan
  • Bayi yang sudah biasa (lebih besar) – 8 – 12 penyusuan/24jam

4. Tanda Bayi Mendapat Cukup Susu

  • Bayi berhenti menghisap sendiri
  • Penyusuan kerap (8 – 12 kali dalam masa 24 jam)
  • Dengar bayi menelan
  • Buang air kecil lebih dari 6 kali dalam masa 24 jam
  • Kerap membuang air besar adalah normal ( 4 – 8 kali dalam masa 24 jam)
  • Bayi puas, ceria, otot dan kulit bayi juga sihat
  • Payudara penuh sebelum menyusu dan ‘lembut’ selepas menyusu

kredit : bidanbersalin

Thursday 10 January 2013

Atasi Masalah Tidur Untuk Ibu Hamil




Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki.

Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan.

Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan.

Tidur dengan posisi mengiring ke kanan juga baik. Jadi, anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Bagi yang kekok untuk tidur dalam posisi sebegini, ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi. Bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung. Anda juga boleh menggunakan bantal tidur yang disediakan khusus untuk ibu hamil.
Selepas hamil 16 minggu, anda tidak lagi digalakkan untuk tidur secara menelentang. Hal ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan iinferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah.

Selain itu, ia turut mempengaruhi tekanan darah. Ada segelintirnya mengalami penurunan tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Tidak kurang, ada juga yang mengalami peningkatan tekanan darah. Oleh kerana itu, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil, posisi ini sama sekali tidak boleh dipraktikkan.

Bagi yang tiada komplikasi pula, anda masih boleh sekali-sekala tidur terlentang, tetapi jangan terlalu lama. Jika ingin bangun dari tidur secara terlentang pula, dinasihatkan agar tidak melakukannya secara mendadak.